Pendaftaran

30 Kelebihan OKU Berdaftar

30 Kelebihan OKU Berdaftar

Muat Turun PDF
Bantuan
Bantuan Kewangan
  • Bantuan Am (bulanan, ikut negeri)
  • Elaun Pekerja OKU (RM450 sebulan)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya (RM300 sebulan)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (RM500 sebulan)
  • Geran Pelancaran (maksimum RM2,700)
  • Bantuan alat tiruan/sokongan (mengikut harga yang ditentukan)
Alat Sokongan JKM
    Bantuan Kewangan Pelajar OKU
    • Elaun Murid Berkeperluan Khas - sekolah rendah & menengah (RM150 sebulan)
    • Bantuan pelajar IPT sepenuh masa (wang saku RM300 + yuran, maksimum RM5,000 setahun)
    • Bantuan pelajar IPT separuh masa/jarak jauh (yuran maksimum RM5,000 setahun)
    Bantuan Pendidikan Khas (Politeknik/Kolej Komuniti)
    • RM3,360/semester (yuran, sara hidup, penginapan, alat bantuan belajar)
    • Diskaun 50% yuran pengajian di OUM, Wawasan University & Asia e-University
    Pelepasan & Pengecualian
    • Pelepasan cukai berganda (majikan ambil pekerja OKU)
    • Pelepasan cukai individu & anak OKU (hingga RM8,000 tambahan)
    • Pengecualian bayaran rawatan hospital kerajaan
    • Pengecualian bayaran pasport, MyKad, daftar lahir/kematian
    • Pengecualian cukai kenderaan & alat sokongan/tiruan
    • Diskaun tambang pengangkutan awam (LRT, MRT, KTMB, bas, dll.)
    • Pencen terbitan anak penjawat awam
    • Waktu kerja anjal (penjawat awam urus anak OKU)
    • Kadar sewa rumah rendah DBKL
    Ketidakupayaan OKU
    Pendidikan
    • Saluran khas pengambilan ke IPTA
    • Program Pendidikan Khas/Integrasi/Inklusif
    Latihan

    Kemudahan mengikuti Institusi Pemulihan / Latihan OKU:

    • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
    • Pusat Latihan dan Pemulihan Perindustrian di Bangi
    • Taman Sinar Harapan (OKU Pembelajaran)
    • Bengkel Terlindung (OKU yang mampu bekerja tetapi tidak dapat bersaing dalam pasaran kerja)
    Pekerjaan & Keusahawanan
    • Dasar 1% peluang pekerjaan OKU dalam sektor awam
    • Pendaftaran pekerjaan secara online
    • Pengecualian bayaran daftar/pembaharuan perniagaan (SSM)
    • Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU)
    Kemudahan Lain
    Telekomunikasi & Perlindungan
    • Pakej Penyayang & Unifi OKU (TM)
    • Perlindungan takaful & insurans khas (Zurich, Maybank, Allianz, AgroBank)
    Akses Fizikal & Sosial
    • Kod Amalan Akses OKU (ram, laluan kerusi roda, lif khas, tandas OKU, parking OKU)
    • Hadiah Sukan Negara (atlet paralimpik)
    • Tiket Zoo Negara percuma
    • Diskaun tiket 40% Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
    • Kad OKU sebagai kad diskaun (NBOS, 2015)
    • Tiket percuma keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang